Selamat Datang!

Terima kasih kerana melawat jurnal maya ini. Anda akan merasai pengalaman penulisan kreatif yang dinukil dari sudut berbeza dengan gaya bahasa sederhana dan ekplorasi lebih bebas dalam menemukan Bahasa Malaysia dan Indonesia di dalam karya tanpa menjejaskan ketinggian bahasa-bahasa tersebut. Di sini juga terdapat karya dalam Bahasa Inggeris.





Ikut Kepala Aku - Di sini

Tuesday, February 21, 2012

Ini Bukan Puisi, Cuma Ingin Angkat Topi

Ini Bukan Puisi, Cuma Ingin Angkat Topi

(Balya Nur)

di kolong yang tersendiri dia berjalan dan berlari
malah berdansa ikut hati sesekali beri tips akali isteri
seusai membuat sungging dan merungkai kepala pusing
tercari-cari pula di sekeliling; puisi yang cuba berpaling

sesekali bagus juga sangsi modus operandi puisi
melihat dari sisi kiri tak semestinya juling, mungkin kidal
melihat dari sisi kanan tak semestinya betul, mungkin terbiasa
melihat dari manapun, mata hatinya melihat jati puisi

ini bukan puisi cuma ingin angkat topi atas inspirasi
membuat tak kering gusi dalam nakal penuh berisi
wacana penuh kematangan; biar ceplos jangan gagu
tapi jangan tak tahu, sepertiku dia peminat Pasha Unggu

Ibnu Din Assingkiri
20-02-2011
BPSM
©Sanusi Din 2012, All Rights Reserved
*Balya Nur adalah seorang penyair dan pemerhati sastera siber dari Indonesia.

0 comments:

Post a Comment