Selamat Datang!

Terima kasih kerana melawat jurnal maya ini. Anda akan merasai pengalaman penulisan kreatif yang dinukil dari sudut berbeza dengan gaya bahasa sederhana dan ekplorasi lebih bebas dalam menemukan Bahasa Malaysia dan Indonesia di dalam karya tanpa menjejaskan ketinggian bahasa-bahasa tersebut. Di sini juga terdapat karya dalam Bahasa Inggeris.





Ikut Kepala Aku - Di sini

Saturday, February 25, 2012

Mee Hailam, Nasi Goreng Ikan Masin – Makan Berdua*

Mee Hailam, Nasi Goreng Ikan Masin – Makan Berdua
(buat isteriku, Noriati)


makan malam di luar berdua
seakan sejarah bagi kita
rencana gagal merencana
hingga mengharap seakan purba


cahaya mata menyilau
terkadang jadi persaingan
merebut kasih sayang
berempat berlima, akhirnya


makan malam tadi,
walau tanpa samar cahaya lilin
tanpa jambangan mawar merah: cuma
mee hailam, nasi goreng ikan masin


-makan berdua; paling istimewa


Ibnu Din Assingkiri
22-02-2012
GPMN
©Sanusi Din 2012, All Rights Reserved

0 comments:

Post a Comment